Kata Alu-Aluan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua wargaTBSS dan pengunjung Laman Web Rasmi SMK Tunku Besar Tampin ini.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada ‘Webmaster’ Sekolah, serta Jawatankuasanya yang begitu komited dalam membangunkan dan mengaktifkan Laman Web Rasmi Sekolah. Harapan saya semoga usaha-usaha ini dapat membantu warga sekolah dalam meningkatkan keberkesanan dalam kemahiran berkomunikasi dan boleh mengakses ilmu-ilmu serta maklumat yang terdapat di Internet.
Kepada para pelajar dan juga bekas pelajar sekolah ini, saya harapkan selalulah melawati laman web sekolah kita untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai sekolah. Anda juga boleh menyumbang artikel untuk disiarkan di sini dan memberikan pandangan dan pendapat di ruangan forum yang disediakan.
Akhirnya, semoga Laman Web TBSS ini menjadi suatu Portal Pendidikan yang dikenali di daerah ini dan juga di Negeri Sembilan.
Sekian, wassalam.



